Taip dan tekan "Enter"

Equipment


Sistem Pentafsiran Serentak

Terdapat beberapa jenis peralatan pentafsiran serentak yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pentafsiran serentak, sama ada dalam persidangan, seminar, bengkel atau sebarang persekitaran yang lain. Peralatan yang paling umum adalah peralatan yang menggunakan teknologi Infra Merah dan UHF. Kedua-dua sistem digital dan analog terdapat di pasaran tetapi kami menggunakan dan mengesyorkan penggunaan sistem digital untuk memastikan ketepatan dan kualiti suara yang lebih tinggi.

Kedua-dua teknologi ini sangat stabil dan, pada dasarnya, menghasilkan hasil yang sama; kelebihan utama Infra Merah adalah kebolehannya untuk mengekalkan kerahsiaan memandangkan isyarat tidak boleh diterima di luar tempat berlangsungnya persidangan atau mesyuarat

Sebaliknya, UHF membolehkan perwakilan untuk mengikuti prosiding walaupun mereka meninggalkan tempat untuk seketika, jadi aliran naratif tidak terganggu.

Komponen asas komunikasi tanpa wayar ini adalah:

  • Alat dengar tanpa wayar untuk penerimaan tafsiran secara langsung headset
  • Bilik kedap bunyi di mana jurubahasa bekerja dan dilengkapi dengan mikrofon dan meja penterjemah. Di sinilah tafsiran serentak dilakukanbooth
  • Pemancar dan radiator untuk menyiarkan isyarat audio kepada semua alat dengar yang terdapat pada tempat acara serta bagi mendapatkan liputan yang menyeluruh untuk para perwakilan dan peserta
  • Krew teknikal untuk memastikan pentafsiran dilakukan dengan lancar dan bersiap sedia untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin berlaku dalam proses tersebut

Peralatan tersebut boleh disediakan oleh B-Lingo bagi tujuan perkhidmatan pentafsiran serentak di Malaysia dan Singapura. Kos penghantaran akan dikenakan bagi acara yang diadakan di luar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan sekitarnya)

Untuk acara yang berskala kecil atau lawatan tapak di mana perwakilan akan bergerak dan tidak berada di satu tempat sahaja, pilihan untuk menggunakan set FM boleh disediakan