Taip dan tekan "Enter"

Mengenai kami


SIAPA KAMI

Malaysia merupakan sebuah ruang semula jadi untuk penterjemah dan Penyedia Perkhidmatan Bahasa (LSP) yang berminat untuk bekerja dalam sebuah persekitaran pelbagai bahasa yang sebenar, dengan adanya fabrik sosial yang sangat berwarna-warni yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan halangan bahasa.

B Lingo Communications Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan penterjemahan dan pentafsiran yang berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura dan seluruh Asia Tenggara sejak tahun 2001, dengan bermula sebagai sebuah syarikat pemilik tunggal dan baru-baru sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.


Alberto Balanza

Pengarah dan Ketua Penterjemah

Selepas menamatkan Diploma dalam Bahasa Arab di Jordan dan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994, pengasas dan pengarah syarikat ini kemudiannya menyertai Suruhanjaya Perdagangan Sepanyol di Kuala Lumpur dan kemudian berkhidmat di sebuah syarikat Penyelidikan Pasaran sebelum membuat keputusan pada tahun 2001 untuk menukar kerjaya dan menubuhkan sebuah agensi penterjemahan di negara seperti Malaysia, sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian yang sangat tinggi di mana lebih daripada 140 bahasa dituturkan.


Manel Belani

Pengurus Eksekutif

Dilahirkan dalam keadaan yang kosmopolitan dan berdasarkan pengalaman menetap di di Perancis, Poland, USSR, India dan dunia Arab, beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Grafik Multimedia di Universiti Limkokwing; selepas bekerja dalam satu tempoh yang singkat di Eropah, beliau pulang ke Malaysia dan menyertai B Lingo sebagai pelatih pada tahun 2011. Kini beliau merupakan Pengurus Eksekutif kami.


Pauline Yap

Pengurus Operasi

Pauline telah berkhidmat dalam industri pelancongan pada peringkat awal kerjaya profesionalnya, dan beliau pernah berkhidmat di Republik Rakyat China, Taiwan, Singapura dan Thailand sebagai pengurus kanan bagi industri Cruise Line sejak tahun 1996 sehingga beliau menyertai syarikat ini pada tahun 2003. Beliau kini menjadi pemegang saham minoriti dan Pengurus Operasi di B-Lingo.


Chayne

Penterjemah

Aset terbaru kami, Chayne, merupakan seorang graduan dari University of Nottingham dengan BA (HONS) dalam jurusan Hubungan Antarabangsa dengan Bahasa Perancis dan telah menamatkan pengajiannya pada Julai 2015. Beliau kemudiannya bekerja sebagai Eksekutif Penyelidikan dalam industri Analisis Media selama lebih daripada setahun. Setelah berkhidmat dalam analisis media arus perdana dan penterjemahan umum, beliau memutuskan untuk mengikuti minatnya dalam bidang linguistik, terutamanya dalam bidang pentafsiran. Beliau merupakan penutur asli Bahasa Mandarin, fasih dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Hokkien serta Bahasa Perancis.



KEUTAMAAN KAMI


ecologic transport


KOMITMEN TERHADAP TARIKH AKHIR


B Lingo Communications Sdn Bhd boleh memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas untuk dokumen yang kurang daripada 5,000 perkataan, pada kadar masa maksimum selama 20 jam waktu bekerja dari tempoh penerimaan penghantaran. Untuk fail yang lebih besar, syarat-syarat adalah terpakai.


eco-friendly houses


KERAHSIAAN


Kesemua bahan dan dokumen dianggap sebagai rahsia perdagangan dari saat ia diterima dan sementara menunggu pengesahan daripada anda untuk menggunakan perkhidmatan kami, fail akan disimpan secara di luar talian. Sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan terjemahan kami, fail akan dimusnahkan dengan segera.

Untuk projek-projek besar atau sensitif, kami amat menggalakkan pelanggan untuk menandatangani Perjanjian Kerahsiaan dengan kami sebagai jaminan tambahan. Kami terikat dengan etika profesional dan tanggungjawab kontrak untuk melindungi maklumat pelanggan kami, termasuklaj maklumat yang paling ringkas.


ecologic recycling


KETEPATAN DAN KESERAGAMAN


Kaedah terjemahan dan parameter yang berbeza yang digunakan berperanan untuk memastikan istilah yang sesuai dengan konteks diguna pakai dan konsisten di seluruh teks.



DIMANA UNTUK MENEMUI KAMI


where-to-find-translation-interpretation-in-malaysia


Pejabat utama kami kini terletak di KL Sentral Business District, berdekatan dengan Stesen Sentral KL. Pejabat dan kemudahan penyimpanan belakang kami pula terletak di Bangsar South. Kami mengalu-alukan anda semua, pelanggan dan rakan-rakan, di mana-mana pejabat kami di alamat yang berikut:

Pejabat utama:

6th Floor, A2-6-2, Plaza Sentral

Jalan Stesen Sentral 5

50470 Kuala Lumpur

E-mail: info@b-lingo.com

Tel: 03-2261 4582 / 03-2714 6168

Pejabat dan Kemudahan Penyimpanan Belakang:

5-M2-1, Pantai Panorama

Business Suite, Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

E-mail: translation@b-lingo.com

Tel:03-7960 4713

PILIHAN KAEDAH PEMBAYARAN YANG KAMI SEDIAKAN


paiement-translation-interpretation-in-malaysia


Untuk memudahkan anda untuk membayar dalam talian, B-lingo memilih Paypal Perniagaan! Dengan Paypal Perniagaan, anda boleh membuat pembayaran secara online, meskipun anda tidak mempunyai akaun paypal, dan seterusnya memudahkan urusan anda. Berikut adalah langkah-langkah berkaitan operasi kami secara langkah demi langkah :

  1. Apabila kos telah dipersetujui
  2. Kami akan memulakan kerja-kerja penterjemahan
  3. Fail yang telah siap diterjemah akan dihantar kepada anda beserta invois seara terus melalui emel
  4. Klik butang “bayar sekarang” pada invois tersebut

Anda boleh melakukan pembayaran menggunakan Paypal atau mana-mana kredit kad yang diterima*