Taip dan tekan "Enter"

Pentafsiran berturut-turut


PERKHIDMATAN PENTAFSIRAN BERURUTAN KAMI


Perkhidmatan pentafsiran berurutan adalah paling sesuai untuk mereka yang memerlukan jurubahasa
untuk rundingan, mesyuarat dua hala dan situasi lain di mana perkhidmatan pentafsiran serentak tidak boleh dilaksanakan atau tidak diperlukan. Sesetengah keadaan di mana pentafsiran berurutan diperlukan di Malaysia dan Singapura adalah seperti yang berikut:

  • Pemeriksaan kilang
  • Lawatan oleh delegasi rasmi
  • Lawatan kilang/ladang
  • Mesyuarat Perniagaan (B2B)
  • Misi perdagangan dan pameran
  • Pentafsiran perubatan di hospital dan klinik
  • Pentafsiran komuniti (pendatang asing dan kumpulan-kumpulan lain)
  • Latihan kakitangan dan pegawai

Dalam keadaan ini, biasanya peralatan pentafsiran tidak diperlukan; Sebaliknya,
cara klasik dan biasa untuk menyampaikan ucapan penutur adalah diperlukan. Penutur akan berhenti seketika untuk membolehkan ahli linguistik menjalankan pentafsirannya. Ia lebih banyak memakan masa, kerana segala-galanya perlu diucapkan sebanyak dua kali dan kuliah yang berdurasi selama 4 jam akan mengambil masa selama 8 jam untuk diselesaikan, tetapi kaedah ini adalah lebih murah, kerana tidak ada peralatan pentafsiran persidangan yang diperlukan.

Perkhidmatan pentafsiran berurutan boleh disediakan oleh jurubahasa yang tinggal di Kuala Lumpur, seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Selain itu, kami juga boleh menawarkan perkhidmatan pentafsiran tersebut di Singapura dan bandar-bandar utama di Asia Tenggara dan Timur Jauh (Bangkok, Jakarta, Yogyakarta, Denpasar, Hong Kong, Macau, Beijing, Shanghai, Nanjing, Wuhan, Guangzhou, Shenzhen, Taipei, Tokyo, Osaka, Nagoya, Seoul, Hanoi, HCMC, Phnom Penh & lain-lain).

Untuk destinasi lain, jurubahasa boleh diterbangkan atau dibawakan dari
pusat bandar yang terdekat, bergantung kepada permintaan.

Sebahagian daripada pelanggan tetap kami menyatakan bahawa perkhidmatan tafsiran berurutan boleh didapati di Jepun, Singapura, RRC, Taiwan, Vietnam dan, tentu saja, Malaysia.

 

Pentafsiran Mahkamah di Malaysia

Mahkamah Malaysia menggunakan perkhidmatan pentafsiran sejak awal penubuhannya lagi. Bahasa Mahkamah biasanya adalah Bahasa Melayu dan / atau Bahasa Inggeris. Sama ada untuk mahkamah sivil, jenayah, perindustrian atau Syariah, kami boleh menyediakan jurubahasa yang fasih dalam ketiga-tiga bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa sasaran) dan arif mengenai sistem undang-undang Malaysia. Kelebihan ini membolehkan mereka menjelaskan mengenai mahkamah dan fungsinya kepada pelanggan yang tidak biasa dengan prosiding undang-undang Malaysia. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan pentafsiran undang-undang kami yang berkualiti tinggi. Daripada perbicaraan untuk kemalangan jalan raya kecil sehinggalah kes jenayah serius yang melibatkan hukuman mati, pasukan pentafsiran undang-undang kami sentiasa memastikan perkhidmatan yang terbaik dan tepat disediakan demi membantu menegakkan proses keadilan.