Taip dan tekan "Enter"

Penterjemahan Diperakui


PERKHIDMATAN TERJEMAHAN KAMI YANG DIPERAKUI


Terjemahan yang diperakui di Malaysia merupakan proses yang sangat terkawal di mana hanya
segelintir firma yang diiktiraf sahaja dapat menawarkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan.

Perkhidmatan terjemahan yang diperakui kami boleh memberikan perkhidmatan terjemahan rasmi bagi dokumen yang diperakui sah dan diiktiraf oleh:

  • Jabatan Imigresen
  • Kementerian Luar Negeri,
  • Kedutaan yang diperakui di Malaysia
  • Kedutaan Malaysia di luar negara
  • Institusi-institusi awam yang lain

Bagi penduduk Malaysia yang memerlukan terjemahan yang diperakui bagi dokumen mereka untuk tujuan migrasi, kami boleh meneliti pensijilan tersebut dan menasihati mereka tentang prosedur yang perlu diambil untuk memastikan kesahihan terjemahan yang diperakui sama ada di Kuala Lumpur atau di luar negara.

Untuk pengesahan terjemahan yang telah diperakui di luar negeri yang memerlukan pengesahan oleh institusi di Malaysia, kami hanya boleh memberikan khidmat nasihat mengenai sesuatu prosedur apabila anda menggunakan khidmat terjemahan yang diperakui daripada kami;
Kami tidak boleh mengesahkan mana-mana terjemahan yang diiktiraf yang telah dilakukan di tempat lain, memandangkan pihak berkuasa di Malaysia jarang sekali menerima terjemahah yang sedemikian; dalam kebanyakan kes, terjemahan tesebut perlu dilakukan dan diperakui sekali lagi di Malaysia

Beberapa Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur menyenaraikan B Lingo Communications di portal mereka sebagai antara penyedia terjemahan yang bertauliah untuk menyediakan terjemahan yang diperakui. Antaranya ialah kedutaan U.K., Switzerland, Qatar, Ecuador, Algeria, Sepanyol dan beberapa kedutaan lain.

Penterjemah yang bertauliah, terjemahan yang diperakui yang tepat, dokumen anda selamat di tangan kami