Taip dan tekan "Enter"

Perkhidmatan penterjemahan


PERKHIDMATAN PENTERJEMAHAN


APA YANG BOLEH KAMI TAWARKAN?

Mempunyai penterjemah yang berpenggalaman, profesional, berkelayakan dan perkhidmatan pembaca pruf yang tersedia
Menggunakan perisian Translation Memory and Terminology untuk meningkatkan lagi konsistensi pada keseluruhan dokumentasi anda.
Mengiktiraf dialek-dialek khusus negara semasa terjemahan dan penempatan bahasa sasaran yang sewajarnya
Pembacaan pruf dengan menggunakan 20 parameter penilaian yang berbeza

HASILNYA :

Terjemahan tepat dan berkualiti tinggi.
Teks industri khusus yang semula jadi yang sesuai untuk produk anda bagi negara sasaran.
Penggunaan istilah yang konsisten pada setiap dokumen dalam domain yang pelbagai.
Pendek kata, kami boleh menangani kesemua jenis terjemahan, sama ada terjemahan umum, khusus, bersumpah, ringkasan, atau terjemahan sepatah demi sepatah dari dan ke dalam pelbagai bahasa dalam pelbagai domain. Daripada buku panduan kejuruteraan , dokumen undang-undang, manuskrip, panduan pengguna, MSDS, buku teks dan profail syarikat kepada transkripsi audio, karya seni malah ukiran pada batu. Teks akan dapat dikendalikan dalam sebarang format dan dihantar dalam salinan lembut dan keras.

Kami mempunyai sistem pengurusan istilah berasaskan web yang selamat bagi pelanggan yang memerlukan istilah khusus syarikat.

Semua penterjemah kami telah diuji dengan meluas . Kami menilai penterjemah kami dengan menggunakan pelbagai metrik utama bagi setiap tugasan untuk memastikan kami sentiasa berurusan dengan penterjemah yang terbaik. Tidak perlu dijelaskan lagi, semua penterjemah kami mempunyai kelayakan yang tinggi, penterjemah profesional yang bertauliah dengan pengalaman minima selama lima tahun di dalam industri ini dan kami sentiasa pastikan bahawa mereka hanya menterjemah sesuatu bahan atau dokumen ke dalam bahasa ibunda mereka.

B Lingo Communications Sdn Bhd boleh memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas untuk dokumen yang kurang daripada 5,000 perkataan, pada kadar masa maksimum selama 20 jam waktu bekerja dari tempoh penerimaan penghantaran. Untuk fail yang lebih besar, syarat-syarat adalah terpakai.

 

Rangkaian perkhidmatan penterjemahan kami terdiri daripada gabungan bahasa yang berikut:

Terjemahan dari Bahasa Melaysia ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia

Terjemahan dari Bahasa Mandarin ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Mandarin

Terjemahan dari Bahasa Tamil ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Tamil

Terjemahan dari Bahasa Korea ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Korea

Terjemahan dari Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun

Terjemahan dari Bahasa Atab ke Bahasa nggers & Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab

Terjemahan dari Bahasa Rusia ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Rusia

Terjemahan dari Bahasa Vietnam ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Vietnam

Terjemahan dari Bahasa Burma ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Burma

Terjemahan dari Bahasa Thai ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Thai

Terjemahan dari Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris & Bahasa Inggeris ke Bahasa Sepanyol

Terjemahan dari Bahasa Perancis ke Bahasa Inggeris & Bahasa Iggeris ke Bahasa Perancis

Dan banyak lagi