PERKHIDMATAN PENTERJEMAHAN
Kami memberikan perkhidmatan penterjemahan yang cepat dan tepat dalam pelbagai domain, sama ada terjemahan teknikal, seperti manual operasi untuk aeronautik atau industri Minyak & Gas, atau terjemahan applikasi perisian dan alat pemasaran untuk novel atau esei serta terjemahan dokumen standard, seperti lesen memandu, sijil perkahwinan atau transkrip akademik. Kami juga memberikan terjemahan yang diperakui yang diterima pakai oleh Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di dalam dan di luar negara.
Perkhidmatan penterjemahan boleh didapati dalam pelbagai bahasa Eropah dan Asia (lebih daripada 60 bahasa), bukan sahaja bahasa vernakular Malaysia, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Kantonis, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazan & Iban tetapi juga Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Thai, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Korea, Bahasa Rusia, Bahasa Farsi, Bahasa Burma, Bahasa Vietnam, Bahasa Tagalog, Bahasa Laos dan lain-lain bahasa lagi. Kesemua caj perkhidmatan penterjemahan yang dikenakan ke atas pelanggan adalah termasuk caj semakan oleh penterjemah kedua. Dalam kebanyakan kes, proses terjemahan boleh diringkaskan seperti berikut :
Terjemahan (penterjemah pertama)=>Semakan (penterjemah kedua)=> Kawalan Mutu (kembali ke penterjemah pertama)=>Penghantaran kepada pelanggan
Pasukan penterjemah kami bukan sahaja berpangkalan di Malaysia tetapi juga di luar negara dan mereka merupakan penutur asli serta terdiri daripada golongan profesional yang berkelayakan tinggi dalam pelbagai bidang khusus, bermula dari bidang Aeronautik sehinggalah Zen.