Malaysia merupakan sebuah ruang semula jadi untuk penterjemah dan Penyedia Perkhidmatan Bahasa (LSP) yang berminat untuk bekerja dalam sebuah persekitaran pelbagai bahasa yang sebenar, dengan adanya fabrik sosial yang sangat berwarna-warni yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan halangan bahasa.
B Lingo Communications Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan penterjemahan dan pentafsiran yang berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura dan seluruh Asia Tenggara sejak tahun 2001, dengan bermula sebagai sebuah syarikat pemilik tunggal dan baru-baru sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.
Pengarah dan Ketua Penterjemah
Selepas menamatkan Diploma dalam Bahasa Arab di Jordan dan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994, pengasas dan pengarah syarikat ini kemudiannya menyertai Suruhanjaya Perdagangan Sepanyol di Kuala Lumpur dan kemudian berkhidmat di sebuah syarikat Penyelidikan Pasaran sebelum membuat keputusan pada tahun 2001 untuk menukar kerjaya dan menubuhkan sebuah agensi penterjemahan di negara seperti Malaysia, sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian yang sangat tinggi di mana lebih daripada 140 bahasa dituturkan.
Pengurus Eksekutif
Dilahirkan dalam keadaan yang kosmopolitan dan berdasarkan pengalaman menetap di di Perancis, Poland, USSR, India dan dunia Arab, beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Grafik Multimedia di Universiti Limkokwing; selepas bekerja dalam satu tempoh yang singkat di Eropah, beliau pulang ke Malaysia dan menyertai B Lingo sebagai pelatih pada tahun 2011. Kini beliau merupakan Pengurus Eksekutif kami.
Pengurus Operasi
Pauline telah berkhidmat dalam industri pelancongan pada peringkat awal kerjaya profesionalnya, dan beliau pernah berkhidmat di Republik Rakyat China, Taiwan, Singapura dan Thailand sebagai pengurus kanan bagi industri Cruise Line sejak tahun 1996 sehingga beliau menyertai syarikat ini pada tahun 2003. Beliau kini menjadi pemegang saham minoriti dan Pengurus Operasi di B-Lingo.
Penterjemah
Aset terbaru kami, Fazira merupakan seorang graduan dari University of Nottingham dengan BA (HONS) dalam jurusan Hubungan Antarabangsa dengan Bahasa Perancis dan telah menamatkan pengajiannya pada Julai 2015. Beliau kemudiannya bekerja sebagai Eksekutif Penyelidikan dalam industri Analisis Media selama lebih daripada setahun. Setelah berkhidmat dalam analisis media arus perdana dan penterjemahan umum, beliau memutuskan untuk mengikuti minatnya dalam bidang linguistik, terutamanya dalam bidang pentafsiran. Beliau merupakan penutur asli Bahasa Mandarin, fasih dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Hokkien serta Bahasa Perancis.
B Lingo Communications Sdn Bhd boleh memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas untuk dokumen yang kurang daripada 5,000 perkataan, pada kadar masa maksimum selama 20 jam waktu bekerja dari tempoh penerimaan penghantaran. Untuk fail yang lebih besar, syarat-syarat adalah terpakai.
Kesemua bahan dan dokumen dianggap sebagai rahsia perdagangan dari saat ia diterima dan sementara menunggu pengesahan daripada anda untuk menggunakan perkhidmatan kami, fail akan disimpan secara di luar talian. Sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan terjemahan kami, fail akan dimusnahkan dengan segera.
Untuk projek-projek besar atau sensitif, kami amat menggalakkan pelanggan untuk menandatangani Perjanjian Kerahsiaan dengan kami sebagai jaminan tambahan. Kami terikat dengan etika profesional dan tanggungjawab kontrak untuk melindungi maklumat pelanggan kami, termasuklaj maklumat yang paling ringkas.
Kaedah terjemahan dan parameter yang berbeza yang digunakan berperanan untuk memastikan istilah yang sesuai dengan konteks diguna pakai dan konsisten di seluruh teks.
Pejabat utama kami kini terletak di KL Sentral Business District, berdekatan dengan Stesen Sentral KL. Pejabat dan kemudahan penyimpanan belakang kami pula terletak di Bangsar South. Kami mengalu-alukan anda semua, pelanggan dan rakan-rakan, di mana-mana pejabat kami di alamat yang berikut:
Pejabat utama:
6th Floor, A2-6-2, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
50470 Kuala Lumpur
E-mail: info@b-lingo.com
Tel: 03-2261 4582 / 03-2714 6168
Pejabat dan Kemudahan Penyimpanan Belakang:
5-M2-1, Pantai Panorama
Business Suite, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
E-mail: translation@b-lingo.com
Tel:03-7960 4713
Anda boleh melakukan pembayaran menggunakan Paypal atau mana-mana kredit kad yang diterima*
INTERESTED IN ANY OF OUR SERVICES?
Enter your e-mail and we will contact you shortly